Hari Teh Sedunia 2021

Tahukah anda? Tanggal 15 Disember 2021 merupakan Hari Teh Sedunia yang diraikan oleh negara-negara pengeluar teh termasuk Malaysia. Selain itu, mengikut statistik Euromonitor International sebanyak 3.7 billion cawan teh di minum setiap hari di dunia. Adakah anda seorang penggemar teh? Jom semak fakta-fakta menarik mengenai teh.

1. Pelbagai jenis teh yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada tumbuhan yang bernama Camellia Sinensis. Ia merupakan sejenis pokok renek yang daun atau pucuknya boleh dikeringkan dan dibuat minuman. Tumbuhan ini berasal dari Asia Timur, Benua Kecil India, dan Asia Tenggara.

 

2. Berdasarkan statistik daripada Tea Association of America, teh merupakan minuman kedua yang paling banyak diminum selepas air putih. Selain itu, mengikut beberapa sumber, nilai pasaran indusri teh di Malaysia mencecah USD 1.5 billion pada tahun 2015.

 

3. Antara teh yang terkenal di dunia ialah white tea, green tea, oolong tea dan black tea. Penghasilan jenis-jenis teh ini adalah daripada tempoh pengoksidan yang berbeza walaupun daripada tumbuhan yang sama. Setiap teh ini mempunyai rasa dan teksturnya yang tersendiri.

 

White tea

Teh ini tidak berwarna hasil daripada proses pembuatannya yang sedikit. Ianya mempunyai rasa yang ringan dan tidak melekat di dalam mulut.

 

Green tea

Green tea atau teh hijau ini memerlukan lebih banyak proses pembuatan daripada white tea. Bagaimanapun ia melalui proses pengoksidaan yang kurang sekaligus menjadikan daun teh ini berwarna hijau.

 

Oolong tea

Jenis teh yang paling rumit untuk dihasilkan. Oolong tea yang terbaik datang dari Taiwan dan China. Mempunyai profil rasa yang pelbagai, antaranya rasa lemak bersusu, manis seperti madu dan rasa panggang yang kuat.

 

Black tea

Jenis teh yang paling dikenali ramai. Darjeeling, Assam, dan Ceylon adalah antara teh yang terkenal. Black tea melalui proses pengoksidaan yang yang terlalu lama sehingga terhasilnya teh yang berwarna hitam.

 

4. Teh yang termahal di dunia terdapat di negara China iaitu Teh Da Hong Pao. Harga daun teh ini mencecah RM5 juta sekilogram. Teh ini juga dinobatkan sebagai teh warisan negara China.

 

5. Untuk menghasilkan 450g teh yang siap, sebanyak 2,000 daun teh yang kecil akan dipetik untuk diproses.

 

 Akhir kata, buat penggemar-penggemar teh di luar sana anda boleh meraikan hari teh sedunia dengan menikmati secawan teh menggunakan koleksi cerek LC yang ada di Queenspree. Ia juga dikenali dengan nama Kone Kettle. Apa tunggu lagi, dapatkannya sekarang!

Sumber:

www.eater.com

www.bohtea.com

www.pinterest.com

www.marketresearch.com

Shop now