Dari mesin kopi ke perkakas dapur


Assalamualaikum and Hi semua. Deyana here, saya ahli baru Queenspree. Sebelum menjadi ahli Queenspree, saya pernah menjadi pembancuh kopi (barista) di salah satu rangkaian kedai kopi yang terkenal di Malaysia.

Kenapa saya beralih arah daripada seorang pembancuh kopi kepada salah seorang ahli Queenspree? Perkhidmatan menjual barangan peralatan dapur artisan secara online membuatkan saya tertarik dengan Queenspree. Servis yang ditawarkan sangat menarik kerana ia berbentuk digital membuatkan ia mudah, efisien dan sistematik.

Walaupun menggunakan platform online untuk berurusan,cara team Queenspree berinteraksi dengan pelanggan sangat mesra, seolah-olah mereka berurusan secara face to face. Mereka selalu berkongsi rasa..perasaan gembira, terharu, teruja apabila menerima dan menggunakan produk-produk dari Queenspree.

Saya juga belajar bahawa setiap pembelian dari Queenspree ada cerita nya yang tersendiri. Hanya team Queenspree dan pelanggan yang tahu. Semua ini membuatkan saya berasa teruja dengan bonding di antara mereka. Ya, kedengaran ‘biasa’ tapi itulah yang membuatkan Queenspree mendapat tempat di hati pelanggan mereka. 

Last but not least, persekitaran kerja yang santai tetapi professional membuatkan saya berasa selesa bersama-sama kawan-kawan di Queenspree (Ain, Amira, Arif, Adib, Akmal). 


Okay, itu sahaja untuk entry pertama saya. Jumpa lagi di entry seterusnya.Byeeee... 

Love, 

Deyana J. Sham 

 

Shop now