Queenspree's Top 5 #rayaessentials

“2022 adalah tahun raya sakan”. Anda pasti setuju dengan kenyataan ini kerana setelah dua tahun kita beraya ala kadar berikutan pandemik COVID-19, tahun ini akhirnya kita dapat ‘membalas dendam’ dengan menyambut raya seperti sebelum pandemik melanda. Sambutan hari raya yang meriah  tidak sah tanpa juadah-juadah raya. Di sinilah peralatan dapur dan set menghidang yang ekslusif dan elegan memainkan peranan penting bukan saja untuk menjamu selera tetapi juga menjamu mata. Hari raya pasti lebih seronok dan istimewa! Jom kita lihat peralatan dapur dan set menghidang yang wajib ada untuk perayaan raya tahun ini dalam senarai Queenspree's Top 5 #rayaessentials

5. Le Creuset Stoneware Petite Casserole

petite casserole queenspree

Petite casseroles comel yang didatangkan khas dengan pelbagai warna unik ini pastinya menarik perhatian jika digunakan untuk menghidang kuih raya dan juadah pencuci mulut. Petite casseroles ini jika dipadankan dengan warna tema raya anda pasti dapat menaikkan lagi seri Aidilfitri pada tahun ini. Tetamu anda bukan saja akan pulang dengan gembira, malah akan teringat-ingat akan betapa cantiknya serveware kuih raya anda!

4. STAUB CAST IRON 26CM ROUND COCOTTE WITH STEAMER INSERT

staub queenspree
Staub cocotte beserta steamer insert fungsi 2 dalam 1 (periuk memasak dan steamer) ini sesuai sekali untuk memudahkan kerja anda dan menjimatkan masa. Fungsi periuk cast iron untuk memasak dan steamer insert untuk stim ini membolehkan anda memanaskan rendang dan ketupat pada masa yang sama! Fungsinya yang versatil bukan saja boleh digunakan di dapur malah sempurna sekali jika terus disaji di atas meja. Apa yang penting presentation meja makan anda di hari raya ini cantik, elegan, cepat dan mudah. Dapatkan Staub cocotte with steamer insert ini dalam 6 warna yang mewah!

3. Le Creuset 31cm Cast Iron Oblong Casserole


oblong queenspree

Satu lagi periuk yang sempurna untuk menyaji makanan dengan hidangan yang banyak adalah Le Creuset 31cm Oblong Casserole. Saiznya yang lonjong besar dan reka bentuk bergaya bukan saja kelihatan ekslusif dan elegan, malah praktikal kerana ia boleh digunakan untuk memasak di dapur lalu terus disaji di meja makan. Tambahan pula, sudah tentulah ianya mudah untuk pastikan makanan yang dihidang sentiasa panas kerana oblong casserole ini membolehkan anda panaskan makanan dan terus hidangkan semula di meja makan. Bukan itu saja, bentuk periuk ini yang lonjong juga boleh menjimatkan ruang di meja makan anda. Jadi, lebih ruang untuk bersilaturrahim bersama keluarga dan sahabat handai!

2. Le Creuset Stoneware Storage Jar with Wooden Lid

storage jar queenspree
Perlukan bekas lain dari yang lain untuk menyimpan dan menghidang kuih raya anda? Tak perlu cari yang lain, pilih saja storage jar dengan penutup kayu dari Le Creuset ini. Reka bentuknya yang minimalis dan unik ini membuatkan tetamu anda rasa istimewa sambil menikmati kuih muih enak dan eksklusif dalam balang berwarna-warni ini. Tentunya kuih anda kekal rangup dan segar dengan penutup kayu kedap udara beserta teflon seal berkualiti tinggi. Pastikan hidangan kuih raya anda pada tahun ini lain dari yang lain dengan Le Creuset storage jar with wooden lid ini!

1. Limited Edition and Special Casseroles

special casseroles queenspree

Special edition dan limited edition casseroles menduduki tangga pertama dalam senarai Queenspree's Top 5 #rayaessentials pada tahun ini. Dengan satu jelingan, anda tahu anda mahukannya. Lihatlah betapa unik dan cantiknya reka bentuk setiap satu periuk ini. Berikan sentuhan elegan dan bergaya pada ruang meja makan anda untuk memeriahkan lagi suasana perayaan tahun ini. Sesuai sekali digunakan untuk menghidang juadah-juadah signature raya seperti lemang, ketupat dan rendang. Idaman setiap mata yang memandang dan tentunya sesuai dijadikan conversation starter dengan tetamu-tetamu anda. Jaga-jaga, kerana jika sudah ada satu, pasti anda mahu tambah lagi koleksi anda! 


Perkakas -perkakas cantik bukan saja menaikkan seri di hari raya, malah sesuai untuk memupuk mood perayaan. Ia juga dapat membantu mengeratkan lagi hubungan anda sesama keluarga dan rakan taulan melalui hidangan yang enak di Aidilfitri ini. Akhir sekali, selamat hari raya Aidilfitri dari Queenspree, semoga perayaan kali ini adalah perayaan yang paling bermakna buat anda dan yang tersayang.

Shop now