7 Cara Untuk Menggunakan Cast Iron Casserole

Kalau kita bertanya kepada pemilik dan pengguna cast iron casserole tentang pembelian mereka, pasti ramai antara mereka yang akan menjawab "sangat berbaloi!"

Ini kerana cast iron casserole diperbuat dari logam berkonduksi haba yang baik dan boleh digunakan di atas semua jenis dapur termasuk dapur gas, induksi, elektrik dan ketuhar. Kombinasi ciri-ciri ini menjadikan periuk cast iron sangat versatil dan sesuai sebagai periuk pelbagai guna (multi-purpose)

Kali ini Queenspree akan berkongsi 7 kegunaan utama periuk cast iron casserole untuk manfaat bersama

1. Sup dan Stew

Memandangkan round/oval casserole mempunyai bentuk yang dalam, ianya sesuai untuk digunakan untuk memasak sup dan stew. Ketebalan periuk yang sekata di setiap sudut akan memastikan masakan di masak dengan sekata. Ini juga akan mengelakkan masakan menjadi terlalu masak. 

 Credit: Pinterest

2. Menumis-reneh (braising) dan 'slow cook'

Disebabkan ciri cast iron yang memastikan pengekalan haba yang bagus, resipi yang melibatkan menumis-reneh dan 'slow cook' amat sesuai dimasak menggunakan periuk cast iron. Penutup yang berat dan berbentuk 'dome' akan memastikan perolakan haba dan stim yang baik sekaligus menambahbaik rasa masakan yang dimasak. 

 Credit: Pinterest

3. Shallow/ Deep Frying

Round casserole boleh juga digunakan untuk 'shallow / deep frying'. Pengaliran haba yang baik dan pantas akan memastikan masakan anda digoreng dalam masa yang singkat. Hasil makanan yang digoreng juga lebih sekata.

 

4. Mengukus (Waterless Steam)

Ramai yang tidak tahu periuk cast iron boleh digunakan untuk mengukus. Caranya amat mudah, pastikan terdapat alas di bahagian bawah daging/ ayam/ ikan. Sebagai contoh menggunakan daun bawang sebagai alas untuk ikan yang akan dikukus. Setiap bahan berbeza mengikut resepi masing-masing. Penutup yang berat akan memastikan pengaliran wap yang menyeluruh, sekaligus mengekalkan kelembapan, jus dan rasa semula jadi makanan.

 Credit: Queenspree

5. Membakar Ayam, Roti dan Kek

Selain digunakan di atas api, periuk cast iron juga boleh digunakan di dalam ketuhar untuk membuat pelbagai resipi ayam bakar, roti atau kek. Daripada resipi mudah seperti roti paung hingga ke resipi mencabar seperti roti artisan. Perolakan haba dan wap air yang menyeluruh akan memastikan roti atau ayam dibakar sepenuhnya. 

 Credit: Pinterest

6. Chilling

Selain daripada digunakan di atas tungku api, periuk Le Creuset boleh di simpan dalam peti sejuk untuk tujuan penyimpanan makanan. Apabila dihidang pula, periuk cast iron tersebut akan kekal sejuk dalam masa yang lebih panjang, menjadikan hidangan sejuk anda seperti air buah-buahan atau desserts lebih menarik dan sedap untuk dinikmati.

Le Creuset used to serve chilled drinks and fruits

 Credit: Pinterest

7. Hidang terus di atas meja

Akhir sekali, periuk Le Creuset memang di reka bentuk untuk terus hidang di atas meja. Jadi anda tidak perlu bersusah untuk mengalihkan makanan yang di masak ke dalam mangkuk atau pinggan yang lain. Persembahan hidangan juga lebih elegan dan ekslusif, membuatkan tetamu tidak jemu mengambil gambar sambil menikmati juadah yang dihidangkan. Selamat menjamu selera!

 

Sumber:

www.youtube.com

www.lecreuset.co.za

Shop now