Perbezaan antara Sand Enamel dan Black Enamel
Le Creuset dikenali dengan mempunyai interior berwarna sand dan black. Kedua-dua interior merupakan lapisan enamel yang mempunyai fungsi dan penggunaan tersendiri.
Sand Enamel
Kredit: Pinterest
Anda mungkin lebih familiar dengan interior berwarna sand yang ada pada Signature Cast Iron Casseroles. Interior berwarna sand merupakan lapisan enamel yang mempunyai ciri-ciri seperti kaca jadi anda tidak perlu ‘season’ periuk tersebut. Periuk cast iron yang mempunyai lapisan enamel mudah untuk diguna dan dijaga.
Kredit: Pinterest
Interior berwarna cerah ini memudahkan anda untuk memantau masakan supaya masakan tidak hangit. Ia cukup sesuai untuk kaedah memasak haba lembap seperti mereneh,mendidih dan mengukus. Disebabkan oleh sand enamel mempunyai permukaan yang licin dan hampir glossy, makanan tidak mudah lekat dan meringankan kerja anda semasa pembersihan.
Kredit: Pinterest
Disebabkan oleh ciri-ciri lapisan enamel tersebut adalah seperti kaca, ia tidak akan menyerap bau atau meninggalkan kesan makanan. Periuk yang mempunyai interior sand enamel juga sesuai dijadikan sebagai bekas penyimpanan makanan kerana ia tidak akan bertindak balas dengan makanan yang berasid. Berkemungkinan lapisan sand enamel akan meninggalkan kesan atau berubah warnanya dari semasa ke semasa. Namun begitu, kesan makanan tersebut tidak akan berkekalan dan mudah untuk dibersihkan dengan hanya menggunakan serbuk penaik (baking soda).
Black Enamel
Kredit: Pinterest
Interior black enamel boleh dijumpai pada produk Signature Marmite, Grill dan Skillet. Interior berwarna black mempunyai permukaan yang kasar berbanding sand interior. Ramai menyangka bahawa ia adalah cast iron mentah tetapi ianya merupakan lapisan enamel yang menyalut cast iron mentah yang memberi kemudahan dalam penggunaan dan penjagaan. Jadi, ia juga tidak memerlukan anda untuk ‘season’ periuk tersebut.
Kredit: Pinterest
Interior sebegini direka untuk kaedah masakan yang melibatkan pemasakan suhu tinggi (higher heat temperature cooking), maka ia sesuai untuk kaedah memasak haba kering seperti menggril, membakar dan memanggang. Perhatikan bahawa pemasakan suhu tinggi tidak sama dengan menggunakan suhu tinggi semasa memasak, jadi anda masih perlu menggunakan suhu medium ke medium-high apabila menggunakan periuk yang mempunyai black enamel.
Kredit: Pinterest
Permukaan black enamel akan mengeluarkan ‘patina’ yang meningkatkan prestasi masakan anda dan menjadikan lapisan black enamel lebih non-stick dari semasa ke semasa. Patina adalah sebahagian daripada proses memasak semulajadi dan mengurangkan makanan melekat pada lapisan black enamel.
Sumber:
www.lecreuset.co.za