Bahaya Periuk Enameled Cast Iron Tiruan

Fenomena penjualan produk tiruan yang menggunakan jenama Le Creuset  di Malaysia adalah amat membimbangkan. Ini kerana sindiket penjualan barangan tiruan ini bukan sahaja salah disisi undang-undang, malah berpotensi memberi kesan buruk kepada kesihatan. Perkongsian tentang bahaya produk tiruan ini diharap dapat memberi kesedaran dan mengelakkan masyarakat kita daripada tertipu dengan sindiket Penjualan Periuk Tiruan.

1. Keracunan Logam Berat seperti Kadmium dan Plumbum

Untuk melariskan jualan, penjual periuk Le Creuset TIRUAN akan mengatakan bahawa produk mereka juga dibuat daripada enameled cast iron yang berkualiti tinggi. Berhati-hati dengan kenyataan ini! kerana periuk tiruan sudah pastinya tidak melalui ujian dan pengiktirafan selamat daripada badan-badan bertauliah antarabangsa.  

Ini termasuk ujian kandungan logam berat seperti Kadmium dan Plumbum, iaitu dua logam berat yang membawa kesan toksik dan karsinogen (penyebab kanser) kepada badan manusia. Keracunan Kadmium boleh membawa kerosakan kepada organ seperti buah pinggang, sistem respitori dan tulang. Keracunan Plumbum pula menyebabkan kerosakan kekal (irreversible damage) kepada perkembangan otak dan sistem saraf kanak-kanak dan orang dewasa (sumber WHO).

2. Tindak Balas Kimia dengan Makanan

Jenama Le Creuset telah membangunkan teknologi enameled cast iron selama hampir 100 tahun sejak tahun 1925. Lapisan enamelnya telah diuji dan diiktiraf selamat dan bersifat nadir (inert), iaitu tidak akan bertindakbalas secara kimia dengan makanan berakali atau asid. 

Bagi periuk tiruan pula, mungkin ciri-ciri zahir seperti bentuk dan warna boleh diciplak, namun ciri-ciri keselamatan makanan tidak dapat dilihat dengan mata kasar adalah mustahil dapat dibuktikan tanpa melalui ujian piawaian keselamatan makanan yang sah. 

  

Gambar kredit: Pinterest

3. Pembuatan dan pengedaran produk tiruan adalah salah disisi undang-undang

Penggunaan produk tiruan bukan sahaja berisiko memberi kesan buruk kepada kesihatan, tetapi pengedarannya juga menyalahi peruntukan undang-undang di Malaysia di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar atau maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya,  manakala RM20,000 bagi setiap barangan atau maksimum lima tahun penjara jika sabit kesalahan kali kedua.

4. Gunakan Periuk Enameled Cast Iron Le Creuset yang 100% Tulen dan diiktiraf selamat oleh pelbagai badan dan agensi piawaian antarabangsa

Le Creuset diiktiraf mematuhi standard California Proposal 65 berkenaan logam Kadmium dan Plumbum:

Cadmium and lead are two elements under strict control in the cookware industry. Our position today for the entire production process is to be in compliance with California Proposal 65 which is the most rigid standard in the world for these elements (approx. 10 times lower than “acceptable” limits). Lead is NOT used in our recipes and for cadmium a special anti-acid enamel fritt is used which will not release the cadmium pigment during cooking. Cadmium is used for coloration purposes in achieving bright exterior colors such as Flame and Cherry. The interior enamel which makes contact with food is either sand, white, or black.

Sumber: Le Creuset

Selain itu, Le Creuset juga mendapat pengiktirafan selamat dari pelbagai badan piawaian antarabangsa seperti Food and Drug Administration (FDA) di Amerika Syarikat, European Union Directive EC 1935/2004/ EC 2003/2006, Japan 370 Food Sanitation Law dan agensi antarabangsa lain.

 5. Periuk tiruan murah, tetapi kesihatan anak-anak dan keluarga tidak dapat dinilai dengan wang ringgit

Periuk tiruan biasanya akan dijual dengan harga yang sangat murah berbanding harga pasaran. Penjualnya juga biasanya tidak begitu mahir dalam aspek teknikal dan keselamatan produk. Kebiasaannya maklumat dan penerangan yang diberikan mengelirukan pengguna dan kadang-kadang tidak berlandaskan fakta. Apabila membuat apa-apa pembelian, kesihatan dan kemaslahatan anak-anak dan keluarga seharusnya diutamakan. Janganlah kerana ingin terlalu berjimat, masa depan dan kesihatan dipertaruhkan.

 

Gambar kredit: Getty Images

DAPATKAN PERIUK CAST IRON IDAMAN ANDA DI QUEENSPREE

Queenspree mengimport produk Le Creuset dari United Kingdom, Jerman, Belanda dan Itali dan menawarkan bukan sahaja Le Creuset yang tulen, malah berkualiti tinggi dari Eropah. Sebagai sebuah syarikat Sdn. Bhd. dan peruncit e-dagang yang beroperasi di Malaysia, kami dikehendaki oleh Bank dan Pihak Berkuasa (regulator) untuk memberikan bukti dokumen yang mengesahkan bahawa barang yang diperdagangkan di laman web kami adalah tulen.

Bukti dokumentasi ini diperlukan untuk beberapa perkara seperti audit kewangan pengawalseliaan, aplikasi kemudahan perbankan, kelulusan gerbang pembayaran dalam talian dan pemindahan dana telegraf asing kepada pembekal kami di Eropah melalui bank tempatan. 

Dapatkan hanya yang tulen dari Eropah dan dilindungi dengan waranti di www.queenspree.com. Elakkan membeli daripada sumber-sumber yang diragui kerana ciri keselamatan makanan dan kualiti produk tiruan yang tidak terjamin, berpotensi membahayakan kesihatan kita dan keluarga. 

Jangan lupa, Like, Subscribe dan Share maklumat ini kepada semua peminat jenama Le Creuset!

Sumber:

www.lecreuset.com, www.lecreuset.co.za, https://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/cadmium/en/, https://www.who.int/ipcs/assessment/public_health/lead/en/

 

Shop now