6 FAKTA MENARIK JENAMA LE CREUSET YANG RAMAI TAK TAHU

1. Warna jingga (Volcanic orange/ Volcanique) yang sinonim dengan jenama ini diilhamkan daripada warna besi yang telah dileburkan yang digunakan untuk membuat setiap periuk. Jingga merupakan warna pertama yang dihasilkan Le Creuset pada tahun 1925. Ianya menjadi warna yang sangat sinonim dengan jenama ini.

2. Tahukah anda? Pembuatan satu periuk sahaja memakan masa lebih kurang 120 jam! Setiap periuk dibuat di dalam acuan pasir yang berasingan dengan periuk yang lain. Acuan pasir tersebut hanya digunakan sekali sahaja dan dipecahkan setiap kali penggunaan. Ini menjadikan setiap periuk yang terhasil adalah sangat unik. Tidak ada periuk Le Creuset yang dihasilkan sama. Setiap periuk mempunyai stail dan identiti tersendiri.

3. Lebih 10, 000 produk besi tuang (cast iron) Le Creuset dibuat setiap hari di Foundry (kilang peleburan besi) yang asli di Fresnoy-Le Grand, utara Perancis. Setiap periuk akan dilewati seramai 15 orang tukang mahir untuk memeriksa dan meneliti setiap bahagian periuk bagi memastikan kualitinya terjaga.

4. Gambar di bawah merupakan iklan pertama Le Creuset yang diterbitkan pada tahun 1935. 

5. Selama 90 tahun kewujudan jenama ini, Le Creuset telah mengeluarkan lebih daripada 300 juta produk untuk lebih daripada 60 negara. 

6. Set Le Creuset termahal yang pernah dijual dimilik oleh aktres terkenal Marilyn Monroe. Set kepingan besi tuang 'Elysees Yellow' dilelong di Sotheby's, New York dengan harga $25,300 (RM 103,000) pada tahun 1999.

DAPATKAN PERIUK CAST IRON IDAMAN ANDA DI QUEENSPREE

Jenama Le Creuset terus menghasilkan produk-produk cast iron yang berkualiti tinggi dengan warna-warna yang menjadi idaman ramai di seluruh dunia. Kami di Queenspree akan terus mengupas dan memberikan maklumat berguna kepada semua pelanggan kami agar dapat membuat keputusan membeli yang baik. Dapatkan hanya yang asli dari Eropah dan dilindungi dengan waranti di www.queenspree.com. Elakkan membeli daripada sumber-sumber yang diragui kerana ciri keselamatan makanan dan kualiti produk tiruan yang tidak terjamin, berpotensi membahayakan kesihatan kita dan keluarga. 

Jangan lupa, Like, Subscribe dan Share maklumat ini kepada semua peminat jenama Le Creuset!

 

Sumber: 

www.lecreuset.co.za, www.goodhousekeeping.com

Shop now