5 Cara untuk Kenal pasti Laman Web yang TIDAK SELAMAT

Anda pernah terfikir bagaimana Macau Scam boleh dapat maklumat peribadi anda?

Sindiket penipuan e-dagang dan jenayah siber telah menggegarkan negara akhir-akhir ini apabila KPDNHEP melaporkan jumlah kerugian yang dicatat dalam tempoh fasa PKP sahaja mencecah jumlah tertinggi iaitu RM 85 juta.

Ramai yang tak tahu dan masih berkongsi maklumat sensitif seperti nombor kad kredit dan data peribadi mereka tanpa mengetahui tahap keselamatan laman web atau kedai IG/FB yang mereka layari. 

Salah satu usaha pihak Kerajaan untuk melindungi pengguna ialah melalui Program akreditasi SSM Biztrust yang dijalankan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Program ini bertujuan menilai dan memberi pengiktirafan kepada entiti e-dagang yang mencapai tahap industri (industry standard) dalam aspek keselamatan, perlindungan data peribadi, privasi dan khidmat pelanggan

1. queenspree.com telah dinilai dan menerima pengiktirafan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 

Laman web e-dagang queenspree.com telah melalui proses penilaian yang komprihensif dan berjaya mendapat akreditasi pengiktirafan keselamatan, privasi dan khidmat pelanggan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. 

Hasil daripada pengalaman penilaian ini, kami ingin kongsikan lima tips bagaimana untuk mengenal pasti laman web e-dagang yang TIDAK SELAMAT agar pengguna dapat mengelakkan diri daripada berkongsi maklumat kad kredit dan butiran peribadi.

Tips 1: Lihat jika terdapat ikon 'Padlock' dan huruf 'S' dalam 'HTTPS' pada bar navigasi

Pastikan laman web yang anda lawati menggunakan HTTPS (HTTPS ialah singkatan kepada nama teknologi keselamatan yang melindungi data anda)

Bagaimana anda tahu jika laman web menggunakan HTTPS? Periksa di bar navigasi pelayar web anda dan pastikan ada HTTPS dan ikon Padlock seperti berikut:

HTTPS sering digunakan oleh industri perbankan dan membeli-belah dalam talian, kerana ia menggunakan teknologi sijil digital SSL (Security Sockets Layer) yang memastikan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit dan kata laluan anda di enkrip dan dilindungi daripada dicuri oleh scammer dan penggodam.

Jika laman web tersebut tidak mempunyai perkataan HTTPS dan logo Lock pada bar navigasi, jangan masukkan apa-apa maklumat dan elakkan daripada berurusan dengan laman web tersebut.

Tips 2: Gunakan pemeriksa keselamatan laman web seperti Google Safe Browsing

Salah satu cara untuk semak sama ada laman web atau URL tertentu selamat ialah dengan menggunakan pemeriksa keselamatan laman web seperti Google Safe Browsing. Teknologi Google memeriksa berbilion laman web setiap hari dan mengenalpasti laman-laman web yang tidak selamat. Anda hanya perlu salin dan tampal alamat laman web yang anda ingin semak ke dalam kotak carian dan tekan Enter. 

Google Safe Browsing akan menguji laman web tersebut dan melaporkan prestasi keselamatannya hanya dalam beberapa saat. 

Tips 3: Semak Dasar Privasi 

Laman web yang selamat harus mempunyai halaman polisi atau dasar privasi yang jelas kerana ia dituntut oleh undang-undang di banyak negara (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 di Malaysia). 

Walaupun banyak laman web yang sah juga boleh menggunakan amalan data yang tidak jelas, ia masih merupakan idea yang baik untuk memastikan laman web tersebut sekurang-kurangnya mempunyai dasar privasi, kerana itulah salah satu petunjuk laman web yang sah dan mematuhi undang-undang.

  

Tips 4: Semak contact information

Masih tidak pasti adakah syarikat itu sah? laman web yang selamat akan memaparkan alamat e-mail, nombor telefon, alamat syarikat, polisi pemulangan (return policy) dan akaun sosial media dengan jelas. Ini menunjukkan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, mereka boleh dihubungi.

 

Cari maklumat kontak syarikat e-dagang tersebut dan hubungi mereka. Sekiranya nombor itu tidak wujud- atau jika individu yang menjawab panggilan itu mencurigakan - maka mungkin ada sesuatu yang tak kena dan elakkan berurusan dengan laman web tersebut

 

Tips 5. Periksa Trust Seal

Trust seal seperti Logo SSM Biztrust menunjukkan sesebuah laman web telah dinilai dan di iktiraf oleh agensi penguatkuasa atau badan bertauliah sebagai selamat. Tetapi dengan adanya trust seal sahaja tidak cukup. Anda perlu memastikan ia adalah sah. Caranya mudah, tekan sahaja di logo itu ia akan membawa anda ke laman pengesahannya.

 

SSM Biztrust memberi jaminan menyeluruh

Skop penilaian SSM Biztrust bukan sahaja menyentuh aspek keselamatan sistem dan privasi laman web. Ia juga merangkumi skop yang lebih menyuluruh seperti aspek pengurusan aduan pelanggan, waranti, kualiti dan audit. Namun, ianya terlalu panjang untuk dikongsikan disini. 

Kami harap perkongsian pendek ini dapat mengelakkan kita dari menjadi mangsa penipuan siber. Jangan lupa untuk like, comment dan share agar lebih ramai orang boleh menerima manfaat daripada perkongsian maklumat ini.

 

Sumber:

https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/beli-online-catat-kes-penipuan-tertinggi/

https://www.avg.com/en/signal/website-safety

https://www.sitelock.com/blog/is-this-website-safe/

Shop now