Periuk Paling Hot untuk 2021

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya. Bagi yang masih mempunyai masalah memilih periuk idaman anda atau kepada yang nak menambah koleksi untuk tahun 2021, kami ingin kongsikan sepuluh 'periuk paling hot' untuk tahun 2021. Senarai ini dikira berdasarkan ‘best selling’ produk kami di Queenspree. 

 

1. Le Creuset Cerise Cast Iron 36cm Wok With Steel Lid

2. Le Creuset Cerise Cast Iron 24cm Balti Dish

3. Le Creuset Signature Cerise Cast Iron 30cm Shallow Casserole

4. Le Creuset Signature Rosemary Cast Iron 30cm Shallow  Casserole

5. Le Creuset Cerise Cast Iron 32cm Wok With Glass Lid

6. Le Creuset Signature Rosemary Cast Iron 24cm Round Casserole

7. Le Creuset Signature Teal Cast Iron 24cm Round Casserole

8. Le Creuset Signature Cerise Cast Iron 24cm Round Casserole

9. Le Creuset Signature Soleil Cast Iron 18cm Round Casserole

 

10. Le Creuset Signature Chiffon Pink Cast Iron 22cm Round Casserole

Berdasarkan senarai di atas, kita dapat lihat 36cm Wok with Steel Lid menjadi pilihan utama rakyat Malaysia. Ini tidak menghairankan memandangkan kebanyakan masakan tempatan berasaskan goreng-menggoreng. Tambahan pula, 36cm Wok ini adalah antara item yang tidak terdapat di Malaysia dan UK. Queenspree mendapatkan 36cm Wok ini dari Jerman.

Pilihan kedua rakyat Malaysia semestinya 24cm Balti Dish. Ini tidak mengejutkan memandangkan reka bentuk Balti yang amat unik terutama di bahagian pemegang atau 'telinga'nya. Balti juga sangat cantik untuk terus hidang di atas meja. Ini akan menaikkan seri meja makan.

Berdasarkan senarai di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa warna yang menjadi pilihan ramai adalah warna Cerise Red. Warna merah menyala Cerise ini jugalah yang kekal menjadi pilihan di hati ramai.

Untuk 'Round' casserole, kita dapat lihat saiz yang menjadi pilihan ramai adalah saiz 24cm. Saiz 24cm ini boleh dikira saiz yang ideal kerana ianya dapat memuatkan seekor ayam tanpa perlu dipotong. Saiz ini juga adalah saiz yang kami sarankan kepada ramai terutama yang baru berjinak-jinak dengan produk Le Creuset.

Terima kasih kerana membaca. Moga entri kali ini dapat menjadi inspirasi pembelian anda pada masa akan datang. Jumpa lagi di lain masa!

 

 

Shop now